Program mengunakan Frogvle
5 Oktober 2017 | Aktiviti Terkini
Pada 4 Oktober 2017, telah diadakan satu Program memngunakan Frogvle yang telah dijalankan di Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia (PI) Semangar Dalam. Kelas ini merupakan kerjasama antara pihak PI dan pihak Sekolah Kebangsaan Semangar Dalam dalam memberikan penerangan dan garis panduan berkaitan cara pengunaan laman web sekolah dan Frogvle mengikut garis panduan Kementerian Pelajaran Malaysia. Program ini telah bermula pada jam 3.15 petang dan berakhir pada jam 5.15 petang.
Setiap pelajar telah diberikan id dan kata laluan untuk mendaftar masuk ke laman web sekolah. . Di dalam laman web tersebut, setiap pelajar boleh menyiapkan tugasan yang diberkan oleh guru di sekolah dan menyunting laman web mereka mengikut kreativiti mereka sendiri. Dengan adanya laman Frogvle ini, ianya akan menggalakan lagi para pelajar untuk mengulangkaji pelajaran secara atas talian dengan menggunakan laman Frogvle ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: